Google

[Show all]
Name:
Message:
<<  July 2009  >>
A
I
S
R
K
J
S
 
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
 


Convert from VHS to VCD
Friends List
ND
Cawan Pink
Kak Ungku
Hafiz a.k.a (boss)
Andes
Wong Ah Beng
Din
Milan
Nuo
ikmal
ikmal (2)
Lady Awin
Aquila
Jonee
miez
amyz
ijan
shikurikura
Ruslina
ici
Blue Cherry
Shah
Orellex


Go Holiday at Lowest Price: Pulau Kapas 3D2N for RM65, Tioman 3D2N for RM20, Langkawi 3D2N for RM1 and more locations available at lowest price... Click Here!
iRobot Roomba Vacuum Cleaning Robot with FREE Maintenance Kit - Ends 1/31/08 - 468x60
 
Upgrading HDD for Acer Aspire 5560
5th March 2009, Thursday
 
It's a good morning

Having a hard time to upgrade my laptop HDD. Seems my 3 years old HDD show some symptom of dead. It's too slow. So now it a time to move on. I bought Western Digital, 250GB, 5400 rpm HDD. Acer Laptop have have a unique feature for recovery. It's have hidden partition which used for OS recovery not like other laptop which come with recovery CD or DVD. Seems like your PDA recovery method. Just push the hard reset. Then it will restore the factoy setup. Just like that.

Firstly I'm using Partition Magic to copy this hidden partition and my windows installed partition but it failed. Seems the OS in the new HDD not recognizing the new hardware. I don't know what happen in the configuration file. Well, not geek enough to know deep of how operating system works.

After searching the net (of course i'm using google ), i found something like what called "Disk Cloning". I heard about that, but never want to know more about it because never meet a situation like this. Well, now I am. *sigh. Someone in a notebook forum suggested that software named "Acronis Migrate Easy" should do the job. I tried. It's works!!! but....

It takes a day to do the job. Seems partition cloning must take a very long time. Is anyone agree with me? Now I'm happy. My laptop gettting an upgrade. She happy as I am now. weee..........!!!!
 
posted at 08:27 am
Comment (2)

 
Buku tahunan ku
19th September 2008, Friday
 

Hujan

Dah lama tak update blog nih. So hari nih ada satu perkara yang aku nak tunjukkan.
Dengan rasa bangganya aku nak tunjukkan gambar sekolah tahunan aku yang dulu-dulu. Yer la, dah lama tinggalkan sekolah. So rasa rindu nak bersekolah balik. Aku tak nak buang masa, korang tengok la gambar-gambar aku masa zaman kegemilangan kemudaan aku.


1950

Lama dah nih. Time nih baru je masuk kolej

1952

Dapat jadi ketua asrama, so aku pakai smart sket

1954

Hehe... mengekalkan status sebagai ketua asrama

1956

Tahun nih, pengetua kolej kasi aku tumpang office dia nak amik gamba. Melaram sakan la.

1958

Masuk band kolej, aku main trompet.

1960

Aku tuka kolej, amik kolej yang ada jurusan perniagaan. Kot la lepas.

1962

Nih baru lepas siapkan booth hari usahawan. So pakai simple je

1964

Haha... aku dapat jadi AJK persatuan usahawan.

1966

Naik pangkat jadi presiden persatuan usahawan

1968

2 tahun beb, simpan rambut. Siap pegi salon hanya untuk amik gambar buku tahunan sekolah. hahaha....

1970

Err... kuat makan sket. Tu pasal chubby.

1972

Tengok... kan dah cakap dah.. aku boleh kurus...

1974

Ada majlis tari menari kat kolej. So aku main band. Dah lama tak main band. Aku nyanyi lak kali nih. Aku nyanyi “I Will Always Love You” — Dolly Parton

1976

Tuka fakulti lak, aku amik bidang mechanical engineering. Haha... rambut panjang balik. Yeay...

1978

Kali nih aku baru la nak smart sket. On the way nak ke cinema. Tengok citer superman ngan awek.

1980

Serabai la sket. Biasa la budak mecanical.

1982

Wooo... siapa buat rambut aku jadi cam nih. Original gamba tak de. Dah hilang, betul aku tak tipu. Orang saja buat rambut aku jadi cam tu. Guna Adobe Photoshop kot.

1984

Hehe... saja mau try fesyen rambut cam nih

1986

Insiden orang superimpose gamba aku masih melekat dalam ingatan. So aku tuka fakulti lagi, aku nak belajar sains komputer.

1988

Tahun kedua kat sains komputer. Masa nih aku dapat buat program untuk kilang surat khabar untuk memudahkan pencetakan.

1990

Masa nih aku tolong Tim Berners-Lee buat project website. Dia power. Skang nih dah jadi bapa WWW.

1992

Pencapaian pertama, program web browser aku namakan Surf 1.0. Perkataan "surf the web" tu datang dari sini la. Skang dah ramai orang guna.

1994

Dapat award untuk web browsing software terbaik. Sempena pelancaran Surf 2.5 baru baru nih.

1996

Software Surf dah diambil alih oleh anak syarikat. So skang nih aku tengah buat projek baru. Rahsia~~~

1998

Asik buat keje untuk project PHP so aku jarang untuk bersenam. Hujung tahun nih siap la. So aku plan nak bersenam nanti.

2000

Kurus dah sket hehe.. time nih aku dah final year. Tahun depan leh la bukak lagi satu company.

Huhu... lama kan aku belaja kat sekolah. Yer la... kalau korang nak compare aku ngan Van Wilder aku la menang sebenar nya. Lagi satu.. aku tak nampak tua pun, kalau korang jumpa aku hari nih. Cam nih la gak rupa aku. Hehe... tak makan dek umur.

So skang nih aku keje ngan TM sejak 4 tahun lepas. Company aku yang lain-lain tu aku serahkan kat anak buah aku yang boleh dipercayai untuk meneruskannya. So lepak sini. Tiap-tiap hari datang keje, kita buat keje ngan hati yang ikhlas. Aku keje TM nih sebab aku tau ada banyak lagi nak kena improve nih. So itu la matlamat aku. Cewaahhhh..... !!!! hahaha...

 
posted at 12:43 pm
Comment (4)

 
Workout report No 2 & 3
24th April 2008, Thursday
 

Cerah (20.0°C)

Just for the initial aku letak gambar, so lepas nih tak payah la.. aku just letak data je kat dalam blog aku nih. Maybe for the marathon aku akan letak juga. Sebab yang tu sekali sekala je. So, for the workout no 2 which is yesterday.

Masa: 20 minit
Kalori: 197 kcal
Jarak: 1.2 km

Average Heart Rate: 156 bpm
Average Power: 144 watts

Okes.. itu untuk semalam... tak capai 200 kcal pun. Tak pe la, ada masa naik ada masa turun.

Yang nih lak, untuk hari nih.

Masa: 20 minit
Kalori: 211 kcal
Jarak: 1.3 km

Average Heart Rate: 162 bpm
Average Power: 154 watts

Kali nih aku hentam abis abisan, sebab semalam aku rasa tak puas dengan result semalam. Well, nak wat macam mana kan? Hari nih kena la lebih baik dari semalam. Hihihi...

 
posted at 01:00 pm
Comment (1)

 
Workout report No 1
22nd April 2008, Tuesday
 

Mendung, ada petir sket sket bila kawan aku mencarut (20.7°C)

Semalam aku tak workout sebab banyak barang aku nak bawa. Beg laptop je dah berat gile. So aku buat la hari nih. So dalam hari nih sempat buat cardio dalam 20 minit.

Kabur la sket... tapi nampak la kan? Kalau tak nampak aku tulis la sket kat sini.

Masa: 20 minit
Kalori: 201 kcal
Jarak: 1.23 km

Yang tak tulis kat panel tu:

Average Heart Rate: 154 bpm
Average Power: 147 watts


 Ada tambahan sket lagi. Aku juga ada buat strength workout.

Seated leg press

3 set dan 12 repetition
35kg, 48kg, dan 61kg

45° Hyperextansion

3 set dan 12 repetition

 
posted at 03:27 pm
Comment (0)

 
Marathon report No 1
19th April 2008, Saturday
 
Panas (27.9°C)

Dalam sebulan lebih aku mula workout secara konsisten. Alhamdulillah, ada banyak perubahan yang aku alami. Nak kata kurus tu tak la, berat pun makin tambah. Tapi aku rasa lebih bertenaga dan tak mudah letih...

Kalau dulu aku datang keje mesti rasa malas dan mengantuk. Kali nih aku rasa boleh keep up sampai petang. So bila balik rumah pun tak de la rasa malas sangat.. semuanya aku boleh buat.. senang cerita sentiasa cergas la...

Tapi kena ingat, tido kena jaga yer...




Lepas aku buat marathon nih la summary yang aku dapat:

Average Heart Rate: 169 bit per minute
Average Power: 133 watts

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan agar dapat berbakti kepada agama dan negara dengan lebih lama.


 
posted at 01:53 pm
Comment (0)

 
Web Application for Nikon D200 SLR Camera, 17-80mm f3.5-5.6 lens and Samsung 24" LCD Monitor
4th April 2008, Friday
 
Dear readers,

Want to have a website with a fabulous modern web design with an exchange of a Nikon D200 SLR Camera, 17-80mm f3.5-5.6 lens and Samsung 24" LCD Monitor?

I am a web designer with an excellent skill in web application development using PHP and MYSQL Database and  I would like to develop a web application for you in exchange for the item that I mentioned above.
The details of what im offering are:

1. Fabulous modern web design
2. 50 functions and 50 pages or 100 pages.
3. The website that i'll develop for you will have .com domain name (can discuss if you want anything other than .com).


For more information please refer to my Resume.
 
posted at 04:12 pm
Comment (0)

 
Subhanallah... Agungnya ciptaan Allah.
3rd April 2008, Thursday
 

Cerah (21.5°C)

Kelmarin, waktu aku dalam perjalanan ke tempat kerja. Keadaan di Shah Alam mengarah ke Klang mendung, ada tanda-tanda nak hujan. Subang Jaya menghala ke Kuala Lumpur pula cerah. Aku tak sangka dapat menyaksikan sempadan yang nyata diantara cuaca yang mendung dan cuaca yang cerah. Inilah kekuasaan Allah S.W.T

Alhamdulillah....

 
posted at 11:15 am
Comment (0)

 
si Roomba dan si Scooba
9th January 2008, Wednesday
 

Hujan Lebat

Pernah tak korang bayangkan suatu hari nanti rumah untuk orang yang sibuk tidak lagi memerlukan pembantu rumah. Walau sesibuk mana pun rumah tetap bersih. Lantai licin berkilat. Balik je rumah, rasa sedap je kaki memijak lantai. (Aku tak suka pakai selipar kat rumah... )

Hehe... perkenalkan Roomba dan Scooba. Roomba adalah si pembersih rumah dari kotoran habuk dan debu, manakala Scooba adalah si pembersih lantai yang boleh diharapkan.

Dengan hanya menekan butang pada si Roomba, ia sedia untuk membersihkan rumah korang dengan serta merta. Tak kira la samada karpet atau pun lantai yang licin, bawah katil, perabot dan kabinet dapur. Abis dia sapu semua kotoran. si Roomba pandai memilih tempat yang paling banyak kotoran. Jika lantai tersebut terlalu berhabuk, ia akan menhabiskan lebih banyak masa di kawasan tersebut untuk membersihkannya. Jadi si Roomba berkerja lebih masa untuk menguruskan tempat lebih kotor. Bijak tak? iRobot_Roomba 500 Series_300x250
Kalau rumah korang jenis 2 tingkat atau lebih. Tak perlu la risau kot kot dia leh terjatuh tangga. Sebab si Roomba ada sensor untuk mengelakkan tangga, tebing tinggi dan yang penting mengelakkan dari terjatuh.

Roomba menggunakan bateri untuk beroperasi. Tapi korang tak perlu risau, bila si Roomba mula kehabisan bateri ia akan balik ke tempat charger dia sendiri. Hahaha... cam kelaka lak... tapi memang cool.

Banyak lagi kelebihan si Roomba nih. Boleh la tengok-tengok kat website dia. Klik sini

Okes, turn Scooba lak... dia tak sebijak si Roomba tapi dia mampu mengerjakan kerja yang lebih kotor dari Roomba. Itu sebab si Scooba nih ditugaskan untuk kerja-kerja mop lantai.

Si Scooba ada 4 peringkat untuk mencuci lantai. Pertama, menanggalkan kotoran. Kemudian mencuci. Lepas tu menenyeh kotoran degil dan mengeringkan lantai. Sesuai untuk semua jenis lantai. Dari lantai kayu, tile dan simen.

Terdapat 2 jenis ruang dalam si Scooba nih. Satu tempat untuk air cucian yang bersih dan lagi satu adalah untuk menempatkan air cucian yang kotor. Jadi lantai korang memang sentiasa bersih sebab sentiasa menggunakan air yang baru. Sama macam si Roomba, si Scooba boleh membersihkan tempat-tempat yang sukar dicapai seperti bawah kabinet, meja, kerusi dan lain lain yang susah la korang nak capai.

Nak tau lebih lanjut tentang scooba? Klik sini.

iRobot_NewScooba380_300x250_4.30.07

Okey la... itu je yang boleh aku ceritakan pasal 2 geng baru nih. Ermm.. rasa nak beli, tapi aku lom ada rumah sendiri nak letakkan diorang nih. So tunggu la bila nanti tiba masanya. Humm... patut masukkan dalam my wish list nih... okey la...

 

Jya ne... (~_^)...

 
posted at 05:34 pm
Comment (0)

 
Kampung ku
27th December 2007, Thursday
 

Malam yang tenang (25.5°C)

 

Okey la kan lukisan aku nih... baru baru nih ada la beli mainan sket... so boleh la lukis-lukis. nih la lukisan aku yang pertama dengan mainan baru aku. Aku namakan lukisan nih "Kampungku..."

Updates

Oleh kerana atas permintaan kawan aku lagi sorang nih yang telah melukis dengan menggunakan mainan aku nih. So aku pun letakkan la lukisan yang penuh inspirasi... actually dia nyer lukisan lagi okey dari aku... okey la sket..

nanti ko pijan... aku lukis lain nanti... hehe..

 
posted at 10:45 pm
Comment (7)

 
Xpango free gift website
25th October 2007, Thursday
 

Cerah 20.8°C

Got email from my office clique. She said when you click this link and join. You have chances to get a free gift! To good to be true right? Well, it's no harm to get some 5 minutes to fill in the form and try to refer your friend to click your referral link. It's not gonna cost you some money.

In Xpango, they have a wide range of gift. Starting form mobile phone to a game console. Just choose anything that you want. Try take a look here. Well, I choose to get some iPod Touch. Whoaa... I always have a dream about this.

Okay, let's Xpango explain to you further. You will have better experience there. See you soon.

http://www.xpango.com?ref=90907511

 

Dapat email dari kawan ofis. Dia cakap kalau klik link yang dia pagi ni dah join, kita akan dapat peluang untuk dapat hadiah! Terlampau bagus untuk dipercayai, kan? Tapi, tak lah teruk sangat kalau kita dapat luangkan masa 5 minit untuk isi borang dan bagi tau pada kawan-kawan tentang link yang anda dapat. Tak rugi duit pun.

Kat Xpango, ada banyak hadiah yang dia tawarkan. Bermula dari handphone sampai la game console. Pilih je. Cuba tengok kat sini. Saya pilih iPod Touch. Whoaaa... lama dah berangan nak dapat nih.

Okey, biarlah Xpango yang akan ceritakan tentang perkara selanjutnya. Seronok rasanya bila baca tentang Xpango. Jumpa lagi...

http://www.xpango.com?ref=90907511

 
posted at 10:50 am
Comment (2)

 
Ultraseven X!! sugee....
17th October 2007, Wednesday
 

Hujan (18.3°C)

Nak cerita pasal ultraman. Ehehe...

Time kecik-kecik dulu Ultraman Ace sangat popular. Setiap hari Sabtu, pukul 10 pagi aku akan tercegat kat depan tv untuk menonton siri Ultraman ni. Aku tak tau la tang mana aku minat kat Ultraman Ace ni. Maybe time tu pemegang cincin ultra ada Yuhko Minami.

Hehe... cun la die time tu. Tapi separuh siri je die ada. Pas tu dah tak jadi ultraman dah. Aku pun dah tak tengok dah lagi ultraman Ace. Cuma sekali sekala layan la budak-budak kecik jiran sebelah tengok cerita ni. (skang ni dah keje dah diorang. ) Apa yang aku nak ceritakan kat sini bukan la pasal Ultraman Ace ni. Tapi Ultraseven X.

Sekian lama aku tak tengok Ultraman, aku agak sangsi nak tengok balik siri Ultraman. Yer la, bila dah besar macam ni. Hero yang bersut merah keperakan ni tak menarik sangat minat aku. Tambah lagi sut kostum yang agak longgar dan berlipat-lipat. Cara berlawan pun dah boleh agak. Kepit kepala raksasa bawah ketiak, pastu hentak ngan lutut. Aduu...

 Aku beranikan la juga tengok siri Ultraseven X ni. Ternyata berlainan. Memang dibuat untuk memenuhi selera menonton orang dewasa. Dari segi kostum, keadaan persekitaran, dan musuh-musuh yang menentang Ultraseven X tu sendiri.

Diambil dari siri Ultraseven yang pernah dikeudarakan pada tahun 1967. Dibangunkan semula Ultraseven X sempena ulang tahun Siri Ultraman yang ke-40. (Selain dari Ultraman Mebius). Agak berlainan dengan siri ultraman yang sebelum ini.

Kenapa aku kata lain?
1. Cara berlawan adalah lebih kepada seni pertahanan diri, bukan sekadar hanya sepak terajang dan ketuk-ketuk kepala raksasa. Ada mempunyai sedikit pengaruh Matriks.
2. Ultraseven X punya pakaian lebih sendat. Kalau yang dulu lebih longgar dan berlipat-lipat. Siap ada muscle dan six pax.
3. Pasukan yang menentang raksasa adalah terdiri dari agent-agent yang dilantik secara rahsia. Bertindak secara sendirian. Tidak mempunyai kenderaan dan jet pejuang yang terlalu sukar dibayangkan.
4. Mempunyai kesan khas yang baik. Terlalu banyak kesan khas. Tapi aku tak kisah. Janji plot cerita bagus.

Cuba korang bandingkan antara yang lama dan yang baru. Ahaha... aku nampak Ultraseven yang lama rendah sedikit. Tak pe la... nih la baru nampak evolution. Tak asik hanya ditakuk lama saja.

Anyway, aku ada nak tunjuk trailer untuk siri Ultraseven X ni untuk tatapan korang semua. Aku harap makin ramailah yang akan berminat dengan siri Ultraman selepas ini. Err... siapa ada nak beli kostum pakaian Ultraseven X?

Jya... Matta ne...

 
posted at 04:59 pm
Comment (2)

 
Selamat Hari Raya Aidilfitri
10th October 2007, Wednesday
 
Cerah dan sunyi (21.9°C)

Di sini sayang ingin memohon maaf atas segala kesalahan yang saya lakukan kepada semua rakan-rakan dan juga yang mengenali diri saya. Diharap maafkanlah dosa-dosa saya. Sesungguhnya memaafkan sesama saudara Islam ada sesuatu yang sangat mulia.

Ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Syawal. Iaitu bulan untuk meraikan kemenangan kita dalam menjalankan ibadah puasa. Bak kata orang "kalau tak puasa tak boleh raya ". Dan juga jangan lupa. Bila kita dah melepasi bulan Ramadhan ini bukan bermakna segala kebajikan kita hanya berhenti situ sahaja. Teruskan lah.

Bila balik kampung dengan memandu kereta. Sila pandu dengan berhati-hati. Biarlah lambat. Asalkan selamat sampai. Kalau tak nak lambat, pelanlah awal-awal untuk tiba ke destinasi pada waktu yang diingini. Pasal makan pula, jangan makan terlalu banyak. Nanti tak larat nak berkunjung ke rumah saudara mara. Makanlah macam biasa, sederhana dan terkawal.

Bulan Syawal adalah bulan menyambut kemenagan bukan bulan menjamu nafsu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

 
posted at 09:26 am
Comment (1)

 
iPhone @ sunway piramid
1st October 2007, Monday
 

Mendung, baru lepas hujan

Aku balik awal ke rumah hari ni. Ingat nak masak untuk berbuka, tapi tak jadi lak. Shah tiba-tiba call ajak berbuka kat Hotel Sunway. Wah, murah rezeki bulan Ramadhan nih. Alhamdulillah. Vendor hotspot yang menaja berbuka puasa untuk kali ni. Dah 2 kali aku berbuka dengan diorang walaupun aku ni bukan la staff yang terlibat dengan TMnet Hotspot.

Lepas je makan aku pun bercadang untuk ke Sunway Piramid. Dah lama aku tak ke sana. Memang dah lain. Aku ajak Shah sekali jalan-jalan. Benda yang dah lama aku nak tengok akhirnya terpampang kat depan mata aku sewaktu aku berlegar-legar kat IT center disitu.

iPhone...

Mak aii... macam mana boleh ada kat situ? Bukan awal tahun depan ke die nak keluar kat Malaysia nih. Aah.. lantak la... nih gambar nyer sebagai bukti aku dah pun merasmikan tangan aku merasa pegang iPhone. hehehe...

Harga? hehe... RM3200 whoaaa.... melopong aku dengarkan harga dia... boleh buat beli laptop baru tu. so far okey la kalau korang nak jadikannya sebagai aksesori yang terkini. Dari segi performance wise die still kalah ngan phone aku skang ni. Hehe... yang paling ketara sekali keyboard die slow gile with dictionary support. Aku taip pun banyak kali kantoi.

okey la... tak mau cakap banyak-banyak... kalau nak gi tengok-tengok gi la sunway piramid. kat lowyat? aku tak jalan lagi kat lowyat sejak 2 minggu nih. tak de mende nak tengok pun kat sana. so itu sebab aku tak pegi.

okes... semoga aman damai hendaknyer

jya~

 
posted at 11:03 pm
Comment (2)

 
eg86.com price
24th September 2007, Monday
 

Cerah 20.5°C

Tengah aku melayari website orellex. Aku jumpa satu entry yang menarik. Berapakah harga domain anda. hehehe....

So aku letakkan kat bawah ni.

Peh, boleh tahan.

 
posted at 03:32 pm
Comment (0)

 
Pocket CM Keyboard
22nd September 2007, Saturday
 

Malam yang clear

Berita baik untuk semua orang yang menggunakan Windows Mobile. Kalau rasa korang rasa macam tak sabar dah nak guna iPhone, aku ada satu soft input software yang lebih kurang serupa dengan ciri-ciri keyboard iPhone. Nama dia PocketCM Keyboard. Kalau sebelum ni nak menaip guna jari kat Windows Mobile bukan main la susah. Tapi sekarang ni boleh la guna PocketCM Keyboard.

Kenapa PocketCM keyboard?

  1. Kita boleh guna jari. So tak perlu guna stylus. Bye-bye stylus. (Lagi bagus kalau guna HTC Touch)
  2. Dia ada cadangan perkataan berdasarkan kedudukan huruf dalam perkataan
  3. Huruf akan ditaip apabila kita melepaskan jari dari keyboard, bukan semasa kita menekan keyboard.
  4. Boleh diubahsuai (kalau rajin nak buat layout iaitu susunan huruf, dan skin sendiri boleh la tunjukkan creativiti korang kat sini)

Sini aku ada la nak tunjuk sikit apa yang aku dah install

       

Kalau korang nakkan kamus dalam Bahasa Melayu boleh la klik sini untuk download.

Untuk maklumat lanjut/download boleh la pergi ke http://pocketcm.com/keyboard.php

 
posted at 12:25 am
Comment (0)

 
Engineered and Powered by hajime ® 2005 All rights reserved